Tentang PeSTeC

PENGENALAN

Perlis Special Teens Centre (PeSTeC) di bawah pengurusan NGO berdaftar PPM-009-09-02032021, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Anak Istimewa Perlis (PPDKAnIPs) telah ditubuhkan di negeri Perlis pada bulan Oktober 2019 bagi memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan untuk remaja istimewa pelbagai kategori masalah pembelajaran seperti autisme, lembam, palsi sereberum, sindrom down dan sebagainya di negeri Perlis. Pusat ini menyediakan modul pendidikan yang komprehensif meliputi aspek pengurusan diri, pengurusan tingkah laku, ibadah dan hafazan, pra akademik, kemahiran vokasional, aktiviti fizikal dan riadah serta program-program kesedaran dan pendidikan komuniti.

PeSTeC beroperasi atas kapasiti pusat tanpa keuntungan dan sumber kewangan utama adalah dari yuran bulanan pelajar. Memandangkan pelajar ini datang dari keluarga berpendapatan sederhana dan rendah, pihak PeSTeC melihat kepentingan untuk remaja-remaja ini disediakan dengan kemahiran-kemahiran vokasional dan ke arah kerjaya yang bersesuaian bagi memastikan kelangsungan hidup mereka terpelihara dan memantapkan pemerkasaan ekonomi golongan ini bagi mengelakkan mereka menjadi bebanan seumur hidup kepada ahli keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang. 

OBJEKTIF

VISI

Mengupayakan Remaja Istimewa, Aspirasi Bersama.

MISI